#N001: Cik Serba Tahu - Syamnuriezmil
Sinopsis
“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”
Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!
“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”
Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?
“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!” “Abang! Na cakap nak la...”
Suka?
Ofkos suka sangat, especially:
Nama panggilan antara diorang, "Abang kaka, Adik Kiki"
Bapak dia sangat sporting, suka watak bapak yang cam gini.
Watak Cik Maira, punyalah aku ingat dia ni jahat sebab nak mainkan En. Ben. Rupanya, dia tanak ada yang berduka sebab dia. Perfect
Even it look likes workaholic, tapi unsur persahabatan tu ada. Mantap. Bukan setakat kerja yang kita perlu pentingkan, tapi kawan means orang sekeliling kita juga yang akan buat kita orang yang berkepentingan.
Last, nak laki aku sweet macam Carl boleh tak? hahahahaha
Ending yang perfect, serius aku senyum. It was like, unexpected. Seriously
Harga?
Rate: 4Bintang (****)
0 Comments:
Post a Comment