Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away with my friend from all the bitch for a while "

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

#N001: Cik Serba Tahu - Syamnuriezmil
Monday 26 October 2015 • 18:32 • 0 comments



 


 


Sinopsis
“Kalau nak, semua boleh buat.”
“Memanglah, selagi belum dapat. Cuba kalau dah dapat?”
“Abang bukan orang macam tu la. Kalau belum dapat, berusaha bagi dapat. Bila dah dapat, genggam sampai rapat!”
Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah? Gila ke apa???!
“Saya nak awak tahu juga, walaupun ada rumah atas kayangan, walaupun tidur beralaskan duit ringgit, walaupun ada roket sampai ke bulan... awak masih belum boleh curi hati saya, Encik Carl! Saya bukan perempuan yang boleh dijual beli dengan kekayaan!”
Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.
Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?
“Dari mula jumpa sampai sekarang, Aerna Isyqee jodoh abang. Kahwin dengan abang? Jemputan ini tamat dalam masa 15 saat...”
“Nak!”
“16 saat dah... Dah lewat!”
“Abang! Na cakap nak la...”
Suka?
Ofkos suka sangat, especially:
 
Nama panggilan antara diorang, "Abang kaka, Adik Kiki"
 
Bapak dia sangat sporting, suka watak bapak yang cam gini.
 
Watak Cik Maira, punyalah aku ingat dia ni jahat sebab nak mainkan En. Ben. Rupanya, dia tanak ada yang berduka sebab dia. Perfect
 
Even it look likes workaholic, tapi unsur persahabatan tu ada. Mantap. Bukan setakat kerja yang kita perlu pentingkan, tapi kawan means orang sekeliling kita juga yang akan buat kita orang yang berkepentingan.
 
Last, nak laki aku sweet macam Carl boleh tak? hahahahaha
 
Ending yang perfect, serius aku senyum. It was like, unexpected. Seriously
 
Harga?
RM15 (boleh cari dekat www.october.my )
 
Rate: 4Bintang (****) 
 
 
 



#002: Next stage
Sunday 21 June 2015 • 01:16 • 0 comments



Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ni baru ada kesempatan nak menaip. Busy lah katakan. You know what? Hari ni dah 19 hari aku duduk dekat Johor.

Johor? Aku asal Selangor tau. Saya dari Sungai Buloh, kalau nak tahu. So why pergi Johor? Hmm hmm. Korang rasa kenapa? Sebab aku sambung study kat sini. Aku sambung dekat UiTM Pasir Gudang.

That's why tajuknya "next stage". Alhamdullillah, Allah bagi aku rezeki ni walaupun banyak sangat dugaan aku nak sampai kat Johor ni. Tau tak berapa baldi air mata aku keluar sebab nak pilih antara pilihan sendiri atau pilihan mak bapak.Serius nangis bila fikir balik.

Mak abah nak sangat aku masuk UTP since aku dapat tawaran kat situ. Yelah, kau bayangkanlah mak ngan abah penat kot hantar aku gi interview kat sana. Dah tu, kenapa kau tak mask UTP? Sebab aku rasa, life aku bukan dekat sana. Interview dia sangat susah. Serius cakap, tak tipu. Bila aku dapat result that said 'Congratulation, permohonan awak berjaya bla bla' . Aku happy, tapi bila tengok balik course apa yang aku dapat. Dia buat aku rasa macam 'Nak pergi ke tak nak?' Sebab aku dapat course ICT (Information & Communication Technology). Bukan tak minat, tapi minat aku on engineering is more than technology.

Banyak sangat usaha yang abah buat untuk pastikan aku terima tawaran tu. Tapi, aku tetap ngan pendirian aku on engineering. Since that time pon memang aku dapat course tu dekat UiTM . UiTM ngan UTP. Ofcourse lah, parents akan pilih UTP sebab peluang yang cerah. Tapi aku ada alasan yang tersendiri kenapa aku nak sangat sambung engineering. Minat memanglah boleh dipupuk, tapi ofkos masa yang diambil pon lama.

Alhamdulillah, abah boleh terima pilihan aku. Walaupun ada rasa bersalah tu, tapi InsyaAllah aku akan buktikan yang pilihan aku tak sia-sia. Moga Allah permudahkan urusan ini.

Ok, selesai pasal dugaan aku sebelum masuk UiTM nih.

UiTM Pasir Gudang. Here my life begin. EM110, Diploma kejuruteraan Mekanikal. Aku harap sangat takde lah aku nak extand setahun dua tahun untuk diploma ni. Aku harap takde lah subjek yang kena repeat bagai nanti. Moga Allah mudahkan urusan ni. 2 tahun setengah atau 3 tahun lepas ni, boleh lah cari aku. Assistance engineer maybe. InsyaAllah, Amin. Yalah, tak amik degree lagi kan. So, takde lah engineer nya. Cari pengalaman dulu, baru fikir nak amik degree. InsyaAllah.

Kita merancang, Allah jugak yang menentukan. Redha is the best part to accept Allah's fate.



#001: Rindu
Monday 25 May 2015 • 07:56 • 0 comments



Lama rasanya tak menulis. Serius doh. Zaman berblogging nih zaman 5 tahun lalu. Lepas masuk asrama time form 4 memang jarang gila nak bukak blog ni. Tambah pulak laptop buat hal. Bertambah tambah lah malas aku nak bukak website jadah semua ni. Last2 masa dihabiskan dengan novel. Haaa. Nampak tak? Riak siot. Hahahaha

Tahu tak? Aku ada 3 blog. Termasuk yang ni. Dan 2 lagi aku dah campak kelaut. Kenape? Aku rasa kesian sangat kat blog aku tuh. Berhabuk sangat. Dengan tak update nya. Last decision is buang je lah ye? Takde lah aku rasa bersalah sangat. Hahahaha. Bajet sangat nak jaga peraaan blog kau. Macam lah blog kau ada perasaan. Sakai
 

So, kenape kau buat blog baru? Sebab aku rasa aku dah cukup rajin nak update blog. Since SPM pun dah habis. Aku rasa macam banyak benda yang aku nak kongsi. Serius. Sharing is caring kan. So, why not? Lagi pun kan, aku dah dapat laptop baru. Since nak pergi sambung belajar kan, I make my wish to have a laptop. I get it, Alhamdulillah. Big thanks to my mum. Terima kasih, mak.

So, aku harap sangat tahap kerajinan aku tinggi lah nak mengupdate blog ni. InsyaAllah. Betulkan niat kita, InsyaAllah, Allah mudahkan.


Saturday 12 July 2014 • 02:27 • 0 comments



Allah is watching you :)